top of page

BIOMASS KEPADA NUTRIEN​

Penggunaan kompos sebenarnya telahpun diamalkan sejak ribuan tahun yang lalu oleh orang-orang kuno zaman primitif didalam amalan perladangan mereka dengan cara mereputkan sisa pertanian dan makanan seperti tulang selain tinja haiwan untuk digunakan sebagai baja asli semulajadi.

Proses ini telah dibantu dan dipercepatkan lagi dengan bantuan cacing dan tanah sebagai medium penghakisan serta alternatif kepada proses pereputan.

Kini sains telah memainkan peranan yang amat penting apabila kerja penguraian atau proses pereputan tadi telah mula diambil alih oleh mikroorganisma dan bakteria flora semulajadi kerana unsur yang berada dalam sisa daripada tumbuhan ini terdiri daripada bahan seperti karbon, lignin, selulosa dan hemiselulosa yang merupakan makanan penting kepada mikrob bagi mencerna dan menghasilkan enzim kepada keperluan tumbuhan.

Kawalan kehadiran oksigen serta suhu kelembapan dan suhu haba adalah amat diperlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup serta pembiakan mikrob untuk terus bekerja menghasilkan enzim dan menjadi kilang pengeluaran kepada nutrien humus kerana nutrien ini adalah penting untuk mengekalkan kesuburan fizik, biologi dan
kimia semulajadi didalam tanah.

ORGANIK VS KIMIA

 

​Samaada ianya melalui sumber organik ataupun dari bahan kimia, kedua-duanya tetap memberikan nutrien yang sama sebagaimana yang diperlukan oleh tumbuhan tetapi berbeza dari segi pembebasan nya ke atas tanah dimana bahan kimia lebih mudah larut dan resap namun bukan semuanya berjaya diterima oleh akar berbanding bahan organik yang bersifat mesra dan saling berhubung kait sesama mereka tampa mematikan tanah.

Kami mencabar anda untuk tidak terus bergantung kepada bahan kimia semata-mata kerana mendapan larutan kimia yang tidak diserap oleh tumbuhan sebenarnya memberikan impak kemusnahan yang amat besar kepada ekologi persekitaran apatah lagi mendapan kimia yang telah diserap oleh tumbuhan akan menjadi sumber pemakanan kepada manusia dan tidak hairanlah mengapa sehingga hari ini kanser adalah merupakan senjata pembunuh yang paling utama bagi kebanyakkan populasi penduduk di dunia.

Sekiranya anda ingin kelihatan cantik dan segar, kami sarankan anda menyuntik hormon ke dalam tubuh anda secara berterusan atau anda juga boleh memilih dengan cara bersenam dan menjadi sihat secara semulajadi.

Anda yang memilih dan bukan kami

ADAKAH ANDA TAHU !?

~ Pasaran baja kimia dan bukan organik di malaysia adalah bernilai sehingga RM25 bilion setahun

~ Malaysia juga mengimport hampir 4.2 juta tan baja kimia dan bukan organik bernilai purata RM5.6 bilion setahun

~ Daripada keseluruhan baja yang diimport ini, sebanyak 75% digunakan di ladang kelapa sawit

~ Malaysia mempunyai kira-kira 4.7 juta hektar ladang kelapa sawit dan menjana hampir 93 juta tan sisa biomas yang terdiri daripada tandan buah kosong (EFB), efluen kilang minyak sawit (POME) dan serat shell (F & S)

~ Keseluruhan sisa hijau yang dihasilkan oleh industri ekonomi negara ini adalah berpotensi besar untuk ditukarkan kepada bionutrien dalam bentuk baja bioorganik melalui proses biokimia untuk pasaran Malaysia dan antarabangsa


~ World Garage Resources adalah merupakan pengeluar kepada baja bioorganik kompos yang berasaskan sisa kelapa sawit hasil daripada kajian dan penyelidikan berterusan daripada (UPM) Environmental Biotecnology Group​

bottom of page